"Saya seorang Muslim. Saya dah dengar banyak bukti bahawa Allah itu redha pada agama Islam.Tapi masalahnya, saya selalu berfikir adakah Allah itu sendiri wujud. Mohon bimbingan."
Jawapan saya:
1. Tentang redha Allah pada agama Islam, saudara memang betul. Hal ini disebut dgn jelas dalam Al-Quran.
"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam."
"Pada hari ini Aku sempurnakan agama mu untukmu, dan telah aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan Aku redha Islam sebagai agamamu."
2. Persoalan tentang kewujudan Allah adalah sesuatu yg perlu dilihat dari sudut yg betul. Pada pandangan saya, kita mesti terlebih dulu akur bahawa kita sangat lemah dan kita tidak mampu melihat Allah kerana kita memang tidak layak dan tidak mampu. Pun begitu, soalnya ialah, adakah semua benda yg wujud itu mesti dapat dilihat?
3. Setiap orang pernah merasakan cinta dan sayang atau sakit. Tapi kita tak dapat lihat perasaan sebegini seperti satu objek yang mempunyai bentuk, saiz atau ruang. Kita hanya merasainya dan tunjukkan tanda ia WUJUD melalui ekspresi muka dan sebagainya. Itu yang pertama.
4. Kedua. Sebelum bercakap tentang kewujudan Allah, kita cuba tengok dari sudut yang lebih umum, iaitu tentang kewujudan Tuhan. Tuhan itu Pencipta dan adakah Pencipta ini wujud?
5. Soalan ini sebenarnya tidak logik. Ia seperti bila kita melihat satu lukisan, kita bertanya betul ke lukisan ini ada pelukisnya? Kerana soalan yang sepatutnya di tanya ialah logikkah ada lukisan tetapi tiada pelukisnya?
6. Begitu jugalah tentang ciptaan di dunia ini seperti alam semesta, langit dan bumi. Adakah logik semua ini wujud dengan begitu sahaja? Jika tiba-tiba ia wujud, bila pula ia bermula? Kalau tidak ada permulaan, tak tercapai logik akal kita. Jadi mesti ada permulaan sebenarnya. Maka siapakah yang memulakannya?
7. Daripada sinilah sepatutnya kita sedar akan wujudnya Pencipta dan Dia bukanlah sembarangan Pencipta, tetapi yang betul-betul berkuasa dan Dialah Tuhan.
"Sungguh, pada penciptaan langit dan bumi, serta pergantian malam dan siang, ada tanda-tanda (kewujudan Pencipta), bagi orang yang berfikir."
Surah Ali-Imran (3:190)
8. Jika kita betul-betul memerhatikan tentang kejadian alam, bahkan tentang kejadian dan keunikan penciptaan diri kita sendiri, maka kita pasti akan merasai kewujudan satu kuasa yang luar biasa yang ada di luar sana, dan itulah yang dirasakan ciptaan terhadap Tuhan yang menciptanya.
9. Sebab itulah sejak permulaan sejarah manusia, mereka sibuk mencari siapakah Tuhan atau kuasa luar biasa ini, sehinggakan ada yang menyembah bulan, bintang, pokok, matahari, api dan sebagainya. Hal ini kerana objek-objek ini mempunyai kelebihan dan memberikan manfaat kepada manusia. Namun apabila masa berlalu manusia mula keliru sebab objek-objek begini hilang dan pergi (contohnya matahari hanya ada pada waktu siang), ada juga yang mati dan terkulai seperti pokok yang layu. Maka, jawapan yang logik mestilah bahawa objek-objek di atas pun, contohnya bulan dan bintang adalah seperti ciptaan yang lain juga, yang ada Penciptanya.
10. Jika dilihat dari sudut saintifik pula, seorang pengkaji berpengalaman dari Pusat Antropologi dan Minda di Universiti Oxford, Dr Justin Barret mengeluarkan kenyataan bahawa seorang bayi yang lahir secara fitrahnya akan merasai kehadiran dan kewujudan Tuhan. Jika seseorang dicampak ke sebuah pulau yang terbiar atau padang pasir pun, beliau (Dr Justin) yakin yang dia akan percaya terhadap kewujudan Tuhan. Malah, kanak-kanak yang membesar lebih cenderung untuk mempercayai akan adanya Pencipta berbanding dengan teori Evolusi (semua benda terjadi sendiri dan berubah) kerana inilah fitrah manusia.
11. Semua ini sekali lagi membuktikan keagungan Tuhan yang mencipta, kerana pada ciptaan-Nya, Dia mencipta tanda-tanda adanya Pencipta. Berikut ialah pautan untuk membaca tentang kenyataan Dr Justin itu:
12. Maka, apabila sudah datang keyakinan tentang wujudnya Tuhan sebagai Pencipta, barulah boleh kita bertanya, jika Tuhan ini wujud bagaimana pula ciri-ciri Tuhan ini?
13. Secara logiknya, jika kita fikir, Tuhan mestilah SATU entiti yang tiada persamaan dengan yang lainnya serta tiada tolok bandingan. Maka secara tidak langsung, jika Tuhan tiada persamaan atau tolok bandingnya, logikkah jika Tuhan lebih daripada satu?
14. Contohnya jika ada dua Tuhan, maka siapakah yang lebih kuat? Jika salah satu lebih kuat, maka yang kurang kuat itu tidak lagi boleh dianggap Tuhan kerana ada yang lebih kuat daripadanya! Tiada pula konsep saling melengkapi (complementary)dalam konsep ketuhanan kerana jika Tuhan itu Maha Kuat, kenapakah perlu ada pelengkapnya? Bukankah itu satu kelemahan? Adakah layak Tuhan memiliki sifat lemah?
15. Begitu juga jika kita kata ada dua Tuhan, tapi dua-dua sama hebat. Jadi sekarang, Tuhan ini ada yang sama dengannya? Maka bolehkah ia digelar Tuhan? Akal yang logik dan rasional akan menolak penyataan ini. Tuhan tidak boleh sama dengan sesiapa atau apapun, maka untuk itu, akal yang sihat hanya akan menerima BAHAWA TUHAN ITU MESTILAH SATU DAN TIADA YANG LAIN SEPERTINYA!
16. Akhirnya, dapatlah kita buktikan bahawa Tuhan memang wujud dan Tuhan yang wujud ini hanyalah satu iaitulah Allah SWT, Tuhan yang Maha Agung, Maha Mengetahui.
Lawati halaman dakwah saya di sini
18. Pertama, kita sudah buktikan bahawa TIDAK MUNGKIN ada lebih daripada satu Tuhan. Kedua, jom fikir secara logik, antara anak dan ayah, siapa dulu yang wujud di dunia? Seperti kita, mestilah ayah kita dulu yang lahir baru kita bukan?
19. Maka, jika Nabi Isa itu anak Tuhan dan dia juga adalah Tuhan, maka dia adalah Tuhan yang ada PERMULAAN kerana ia hanya wujud selepas bapanya! Soalnya, logikkah Tuhan ada permulaan? Jika ada permulaan, maka akan ada satu tempoh sebelum Tuhan ini bermula, ia ada dalam satu kerangka masa yang dia masih belum wujud. Adakah logik Tuhan pernah tidak wujud?
20. Maka jawapannya ialah tidak logik. Tuhan mestilah sentiasa wujud, dan dengan itu Tuhan tidak boleh ada permulaan. Kita umat Islam sayangkan Nabi Isa AS, dan kita menganggapnya sebagai salah seorang rasul yang mulia, tetapi tidak lebih daripada itu, apatah lagi ingin menjadikannya Tuhan.
21. Sebagai penutup, izinkan saya simpulkan. Pertama, kita harus sedar bahawa kita tidak layak dan tidak mampu melihat Allah kerana kekerdilan kita. Tetapi tidak melihat Allah tidak bererti Allah tidak wujud. Kedua, tidak logik jika tidak ada Tuhan. Kerana jika ada ciptaan, PASTI ada Penciptanya. Ketiga, jika Tuhan itu wujud, Tuhan itu MESTI satu, maka Tuhan yang satu itu hanyalah Allah SWT. Maka saya harap, perkara ini dapat membantu menambah keyakinan saudara, bahawa Allah itu satu dan Dia PASTI wujud!
22. Saya akhiri bingkisan kerdil saya ini dengan memohon 3 perkara. Pertama, keraguan tentang kewujudan Tuhan itu mungkin datangnya daripada penyakit was-was dan bisikan syaitan, maka berhati-hatilah dengannya. Kedua, menyedari bahawa puncanya ialah was-was dan syaitan, maka adalah satu KEMESTIAN untuk saudara sentiasa berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada penyakit was-was dan bisikan syaitan serta supaya mendapat hidayah daripada-Nya. Ingat, syaitan itu MUSUH, dan doa itu SENJATA! Ketiga dan terakhir, sebar-sebarkanlah tulisan yang kerdil ini, tanpa perlu meletakkan nama penulisnya. Kerana pemilik segala ilmu dan kebaikan, hanyalah Allah SWT.
Wallahuaklam dan maafkan saya jika terdapat sebarang kekurangan. Jika bermanfaat, panjangkankah kesyukuran hanya kepada Allah dan bukannya penulis, kerana bahkan penulis inipun adalah ciptaan yang dicipta oleh Dia Sang Pencipta yang Agung!
"Kebaikan yang kamu peroleh hanyalah daripada Allah, tetapi keburukan yang menimpamu adalah dek kelemahan dirimu sendiri...."
Surah An-Nisa' (4:79)
Aug 23, 2011
Betulkah Allah Wujud?
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 1:54:00 AM Links to this post
Aug 16, 2011
i wish
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 7:53:00 PM Links to this post
Aug 10, 2011
Sweet 20. Dewasa sudah
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 7:58:00 AM Links to this post
Aug 7, 2011
nak study...
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 1:34:00 AM Links to this post
Jul 30, 2011
Ya Allah, aku telah menjadi tunangannya. Jika dia benar2 untukku maka engkau tetapkan lah hatiku. Aminn.
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 9:37:00 AM Links to this post
Jul 24, 2011
Huhu
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 9:35:00 AM Links to this post
Jul 22, 2011
atun-dilah-trah
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 8:47:00 AM Links to this post
Jul 13, 2011
Hmm
The clock shows it's 12.21 am but I'm still awake at this hour. I have gotten nothing to do. I skipped almost all briefings, they're seriously boring! Grr. And I'm hungryyyyyyyyyy fullstop.
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 9:21:00 AM Links to this post
Jul 12, 2011
Bersama egeL







Kind regards, ONNA desu On my Swatch 3:12:00 AM Links to this post
Jun 23, 2011
Exam-Xam-Am-M
EXAM EXAM EXAM. EXAM is a no facebook zone. FB is equivalent to lagha. Lagha, lagha, lagha. Mati-mati-mati.
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 7:39:00 AM Links to this post
Mar 26, 2011
Which Heartless Version Is The Best??
I know different people have got different tastes and preferences. Once I heard Heartless sung by Kanye West and, urm, it was good. But The Fray is way better. But now I personally think that Kris Allen's version is the best. Yet nothing less for Kanye and The Fray. I love the rhythm of The Fray's version which is a bit different, cause sometimes I love hearing the song dragged.
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 3:00:00 AM Links to this post
Mar 18, 2011
Jangan Kahwini Wanita Sebegini
Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah". 1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati. 2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar. 3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. 4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak. 5. Wanita Basaqah : ada 2 makna: Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya. Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. 6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. ---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 7:31:00 PM Links to this post
Mar 11, 2011
Wanita Solehah
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 7:05:00 PM Links to this post
Mar 5, 2011
Top Tips For A Healthy Skin

Kind regards, ONNA desu On my Swatch 8:40:00 PM Links to this post
Mar 2, 2011
Punca Kemerosotan Otak
Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko tinggi mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan seterusnya ini akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.
(2) Terlalu banyak makan
Mengamalkan makan secara berlebihan melebihi keperluan akan menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak, lalu memperlahankan kuasa mental.
(3) Merokok
Merokok akan menyumbang kepada pengecutan otak yg mana ianya juga merupakan penyebab kepada penyakit Alzheimer.
(4) Pengambilan gula yg tinggi
Pengambilan gula yg berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrient, seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.
(5) Pencemaran udara
Otak merupakan penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Justeru itu, pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan sekaligus menggangu keaktifan otak.
(6) Kurang tidur
Mengabaikan kualiti tidur yg sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.
(7) Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
(8) Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa diri kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
(9) Berfikiran sempit
Berfikir merupakan latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.
(10) Kurang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang itu jarang berkomunikasi, lama-kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.
(11) Kurang membaca
Apabila seseorang itu kurang membaca, maka secara tidak langsung keupayaannya berfikir akan menjadi tidak meluas dan sempit. Keupayaannya berbahasa juga mengurang. Ini juga lama-kelamaan akan mengakibatkan fungsi otak mengalami kemunduran.
(12) Mengabaikan Meditasi
Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh juga akan menjejaskan kemampuan otak dalam memproses maklumat. Bagi mereka yg bergelar Muslims, membaca al-Quran dan menunaikan solat merupakan meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 12:46:00 AM Links to this post
Feb 7, 2011
dear blog,
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 11:18:00 PM Links to this post
Feb 1, 2011
Permasalahan Yang Akan Timbul Pabila Korang Kuat Makan.
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 7:18:00 AM Links to this post
Jan 29, 2011
Ikuta Toma.


Kind regards, ONNA desu On my Swatch 11:50:00 PM Links to this post
Labels: Ikuta Toma
Tompok Mompok

She has permanantly stayed in my house for ages. Once she fled from my house, perhaps stolen by my neighbour or maybe she disliked us anymore wuuuu :( We were so worried if she was abused, tortured and given unhealthy food (wah macam kat rumah aku kau dapat makanan sehat2, mahal2..kui3). Fried fish cukupp, just to inform all of u, do not ever give raw fish coz cats might also get food contamination and severe diarrhea as homo sapiens do. Lol, it's actually bad for their furs ha ha.
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 9:46:00 AM Links to this post
Jan 1, 2011
sleep
The clock shows it's 3.03 a.m. I'm yawning but peculiarly, cannot close my eyes. Ohh trah, u r so dead.
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 10:59:00 AM Links to this post
Dec 30, 2010
i'm so bored!!
I don't have any idea what kind of virus that infects me. Exam will start in 12 days from now but I'm still at page 4 of Biology notes. Going back home kills my exam mode. I HAVE TO watch the tivi, go out with my friends, hazrul and of course, online on facebook. But what's in my mind now is not about the exam, it's about Hazrul, who has not contacted me for about a week! Ok I cheated. He did text me, but only sent 4-5 messanges per day, oh my god, u....bloody Hazrul!!
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 10:21:00 PM Links to this post
Dec 13, 2010
WALKING every day
Yes, we are busy with our daily routines. We barely have a good time to exercise, so we decided to postpone and still, left undecided. Our body is like an operating machine, it needs to be continuously operated or in a simple word, it needs to perform any kinds of exercise at least thrice a week.

Kind regards, ONNA desu On my Swatch 1:58:00 AM Links to this post
Jun 20, 2010
Selamat Hari Abah.
Abah terbaik di dunia akhirat.
Sorry sebab guna duit banyak, sob² :(
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 8:18:00 AM Links to this post
Mar 4, 2010
cool pictures!!
a sleeping guy
a dream house
giraffe shoes
the feet shoes
crocs!
betrayal. hahaha!
click nuffnang on the top right side
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 1:38:00 AM Links to this post
Feb 28, 2010
what is cardiovascular disease?
cardiovascular. what it means? if u watch House a lot, i'm pretty sure that u can hunch that it has something to do with the heart. ok in case if u're not a bio student, let me start the long discourse(:
firstly, cardiovascular disease, or shortened as CVD is a disease that is caused when a change occurs in the wall of your artery. it can be in the brain or heart as well, which means it does not relate with the heart only as u have expected. if it affects the heart artery, this will result in coronary heart disease or abbreviated as CHD and if it is in the brain artery, this leads to stoke. plus, out of the syllabus that i have learned, i found out that this disease also affects the leg artery, which in turn causes someone to be crippled!
here, i would like to remind all of u that CVD is a degenerative disease, which means it occurs when u're old. so do not ever neglect this post because u are simply healthy for the time being. because we will never know what would happen in the future. so better check on your diet and lifestyle, and have them corrected. if anything can go wrong, it probably will.
back to the topic, changes in artery is due to the build up of plaque (it consists of cholesterol) in the artery wall and when there is a blood clot in blood vessel. so now, i bet u can guess what are the real culprits of CVD. blood clot, cholesterol, and others are diabetes, high blood pressure and sometimes it is also due to your genetic.
there are a number of solutions to this disease ie beta blockers, diuretics, ACE inhibitor and sympathetic nerve inhibitor. those drugs are antihypertension, which will cause your vessel to dilate. to reduce the cholesterol level in the blood, always eat oats! and one more is a medicine that i'm pretty sure u would buy once you're working is statin. lol, it's very expensive. kiwi is also a natural anti-platelet, so start buying kiwi from now on okey! but if you are from a diabetic family or maybe both of your parents or grandparents have high blood pressure problems, you have no choice but to control your food intake and exercise regularly. actually, exercise can make your heart more muscular.
in brief, from now onwards, plis avoid KFC, mcD, subway, domino, a&w, and other fast food restaurants. btw do u know that eating fast food would also cause cancer? grrr.
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 3:23:00 PM Links to this post
Feb 27, 2010
yun nam
a few weeks ago, i browsed yun nam's website. and decided to find out more about dry and damaged hair. i was so absorbed with all the information given, yeah completely helped. and you could also learn on dandruff problem, which i believe majority of you might have. i was so enlightened, and could not believe that i finally registered for the free trial. so i thought i was only playing around, and they're not gonna consider it seriously. but to my surprise, they phoned me 4-5 days later!! and they had scheduled a free trial for me, which included a free consultation, scanning and 1 herbal hair care treatment as well. so last friday, i went there, at the midvalley city branch. my consultant was sylvia chan, she's so gorgeous with a beautiful shining crowning glory. heee. and she was kind, gave me a lot of advice. after done with the scanning stage, i was so shocked that i was analysed having dandruff problem. weird, i did not even scratch my head out of itchiness.
so, she offered me a 5-session scalp treatment. with all those herbal products, vitamins and some free gifts. luckily student price is still available for 2 persons. but disappointingly, i spent RM2k+ for the treatment. actually it's worth RM4.6k without discount. so let's hope for the best. and here, i'll give u some tips on nurturing your hair. enough sleep (which means do not stay up late), exercise regularly, drink enough water (8 glasses per day), if u're allergic to seafood, avoid eating since u'll accumulate excessive animal proteins and lastly, practice a healthy diet(which means u should not be on an extreme diet). one more, if u're on diet, yeah u'll happy for getting a hot body but beware, u might look older than your real age one day. so dont torture your body, it needs enough nutrients! if u're dead fat, it's okey to be on any weight loss programme, but by exercising, it's the best.
ohhh ok, now i'm dead broke. i need moneymoney. :(
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 4:48:00 PM Links to this post
Feb 15, 2010
gonna go there this sat.
gambang water park.
it's newwwww!
Kind regards, ONNA desu On my Swatch 6:19:00 AM Links to this post


